17/09/2015:RM600 Ribu Diperuntukkan Kepada Jawatankuasa Bencana Alam Tawau

Kerajaan persekutuan meluluskan bantuan sejumlah lebih 600 ribu ringgit kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Tawau, untuk meringankan beban mangsa ribut kencang yang melanda daerah itu, Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, bantuan serta merta tersebut tanda prihatin kerajaan dalam membantu penduduk yang ditimpa musibah.

Beliau ditemui media selepas menyampaikan sumbangan berupa zink dan papan lapis kepada mangsa di kampung Titingan dan Lorong Bunga Raya Batu 2 Apas, Tawau. Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching. Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu meluangkan masa lebih dua jam meninjau dan melawat penduduk yang terjejas.

Dalam pada itu, Datuk Mary yang juga Timbalan Menteri Pendidikan turut menyampaikan sumbangan peruntukan ahli parlimen kepada mangsa terlibat.

Dalam kejadian ribut kencang awal Isnin lalu, 162 buah rumah di kawasan bandar, Apas dan Balung mengalami kerosakan dengan 26 daripadanya rosak teruk.

Maria (Masniah/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s