21/09/2015:Loji Dijangka Siap Menjelang Ogos 2018

Projek pembinaan Loji Rawatan Air Baharu Semporna bernilai 157.4 juta ringgit yang sedang dalam pelaksanaan, dijadualkan siap menjelang Ogos 2018.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, projek yang mula dilaksana bulan lepas itu akan mendapat sumber air dari Sungai Kalumpang, kira-kira 50 kilometer dari pekan Semporna.

Apabila siap sepenuhnya, ia boleh membekalkan air bersih sehingga 30 juta liter sehari dan memberi manfaat kepada kira-kira 150-ribu pengguna di Semporna.

Beliau memberitahu pemberita selepas mendengar taklimat projek itu di Tawau.

Mengulas tentang projek Terminal Feri Baharu Tawau, Tan Sri Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur memaklumkan, projek bernilai 50 juta ringgit yang turut menempatkan pejabat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (C.I.Q) itu, kini 90 peratus siap.

Bagaimanpun, belum dapat dipastikan bila ia dapat beroperasi sepenuhnya kerana banyak perkara perlu diambil kira melibatkan agensi-agensi yang menggunakan terminal berkenaan.

Ends/ber/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s