21/09/2015:MPS Ambil Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Yang Jual Barangan Seludup

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan premis yang didapati menjual barangan seludup di daerah tersebut.

Presidennya, Datuk Insiniur James Wong berkata, ini termasuk membatalkan lesen perniagaan atau permit yang telah dikeluarkan kepada pelaku dan menyita barangan seludup berkenaan.

Menurutnya, penjualan barang seludup bukan sahaja mengurangkan kutipan hasil kerajaan, malah menyalahi syarat-syarat pengeluaran dan pemberian lesen perniagaan serta permit berjualan yang dikeluarkan MPS.

Datuk James berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Kempen Antibarangan Seludup di Premis-premis Perniagaan di Sandakan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna agar tidak membeli barangan seludup, meskipun harga yang ditawarkan lebih rendah. Ini kerana pengguna yang dikesan membeli barangan seludup boleh diambil tindakan oleh pihak Jabatan Kastam.
Ends/ber/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s