21/09/2015:Organisasi Swasta Dan Korporat Disaran Jayakan Program Kebajikan

Organisasi swasta dan korporat di negeri ini disaran terlibat menjayakan program berbentuk kebajikan bagi membantu usaha kerajaan membangunkan masyarakat sejahtera.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, tanggungjawab berkenaan perlu dipikul bersama agar nasib golongan memerlukan mendapat pembelaan.

Beliau berucap sempena Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Pelawat Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sandakan.

Menurut Datuk Jainab, pelaksanaan pembangunan seharusnya meliputi semua lapisan masyarakat tanpa membezakan bangsa, agama mahupun status individu.

Dalam majlis tersebut, Pasaraya Giant Sandakan turut menyerahkan hamper makanan kepada 48 golongan memerlukan termasuk penghuni TDKKU dan anak-anak yatim.

 

End/dman/saziri/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s