21/09/2015:Perintah Berkurung Dilanjutkan Dan Diperluaskan Ke Beluran

Pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 8 Oktober dan turut diperluaskan ke daerah Beluran. Sebelum ini, ia hanya membabitkan daerah  Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata, peluasan kawasan larangan itu bagi memberi fokus terhadap keselamatan di tiga pulau utama di perairan Beluran iaitu Pulau Lankayan, Tegipil dan Billean yang diwartakan sebagai ‘Sugut Marin Island Conservation Area (SIMCA).

Dato’ Jalaluddin menyatakan demikian dalam sidang media di Kota Kinabalu.

Jelasnya, faktor lain peluasan disebabkan terdapat banyak laluan tikus dan sungai yang senang dibolosi di kawasan berkenaan, selain tempat menangkap ikan dan pusat pertukaran barangan.

 
Ends/Maria/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s