21/09/2015:Program Bantuan Padi Bukit Tingkat Pengeluaran Tanaman

Program bantuan padi bukit yang dilaksana di seluruh negara diperkenalkan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi meningkatkan pengeluaran tanaman berkenaan sekaligus mengurangkan import dari luar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, bantuan tersebut juga antara inisiatif kerajaan membela serta memperkasa nasib golongan petani.

Jelasnya, tahun ini kerajaan telah meluluskan peruntukan subsidi dan intensif berjumlah 2.2 billion ringgit bagi membangun industri padi dan beras negara. Ini termasuk 70-juta ringgit untuk program pemberian input tanaman padi bukit atau huma di Sabah serta Sarawak.

Datuk Yahya berucap demikian semasa merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Baja Dan Racun Padi di Dewan Masyarakat Ranau. Setakat Ogos lalu, terdapat 9-ribu 379 petani berdaftar di negeri ini melibatkan kawasan penanaman seluas 11-ribu 87 hektar membabitkan 673-kampung.

 

Ends/sjk/Syam/Cov/Rina

sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s