21/09/2015:SPRM Sabah Buka 116 Kertas Siasatan

Sebanyak 116 kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sepanjang tempoh Januari hingga September, tahun ini.

Menurut Pengarah SPRM Sabah, Dato’ Hishamuddin Hashim, ia melibatkan kertas siasatan dari SPRM daerah Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan sebuah Pusat Operasi SPRM di Keningau.

Katanya, hampir 70-peratus daripada siasatan telah pun disempurnakan melibatkan aduan daripada orang ramai kepada SPRM. Dato’ Hishamuddin ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu. Ia bagi memaklumkan mengenai aktiviti SPRM sepanjang tahun ini.

Tambahnya, SPRM Sabah kini giat melaksanakan program kesedaran rasuah di Tawau, Sandakan dan Kudat dengan mensasarkan pemimpin setempat, badan bukan kerajaan serta penjawat awam.

Ends/sahira/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s