01/10/2015:Libat Diri Dalam Aktiviti Sukan Dan Rekreasi

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna menggalakkan seluruh warga jabatan dan agensinya untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Menterinya, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata penjawat awam boleh menyertai pelbagai program anjuran kementerian, jabatan, agensi atau badan bukan kerajaan.

Katanya, penglibatan warga kementerian itu bukan sahaja mampu memberi manfaat terhadap kesihatan masing-masing, malah turut menyumbang kepada masyarakat sekeliling.

Datuk Jainab menyatakan demikian dalam ucapan sempena Majlis Bersama Warga Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah 2015 di Putatan. Teks ucapan beliau dibacakan Pembantunya, Datuk Anita Baranting. Turut hadir, Pengarah JPKA Sabah, Mohamad Noor Wahab.

Majlis tersebut diadakan untuk meraikan Kontinjen JPKA Sabah yang muncul Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) Kali Ke-7 di Kedah, Ogos lalu.

Kontinjen JPKA Sabah berjaya mengutip empat pingat emas dan dua pingat gangsa dalam kejohahan tersebut yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Ends/alizaali/ear/dd/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s