01/10/2015:PBS Harap Diberi Peluang Tanding Dalam Kawasan Baharu

Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan harapan agar diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan baharu jika terdapat pertambahan kerusi di negeri ini.

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyarankan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbang perkara itu demi pelaksanaan perkongsian kuasa dalam BN dan kepuasan kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada Pemberita RTM ketika diminta mengulas reaksi anggota PBS dari Bahagian Kuamut yang mahu pucuk pimpinan BN memberi peluang kepada calon PBS untuk bertanding jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Garam diwujudkan.

Tan Sri Pairin ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Bahagian PBS Kuamut Induk Pemuda dan Wanita di Kinabatangan.

Beliau turut menyatakan harapan agar kerusi DUN Langkon dalam Parlimen Kota Marudu diwujudkan semula untuk membolehkan PBS memperjuangkan nasib penduduk, selain memperhebat perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan itu.

Tan Sri Pairin berkata walaupun PBS mempunyai ramai calon berkualiti untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum akan datang, namun pemilihan calon hanya akan ditentukan menerusi perbincangan dan persetujuan Ahli Majlis Tertinggi PBS.

Ends/alizaali/dman/saziri/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s