01/10/2015:Pendidik Di Sekolah Integriti Perlu Berusaha Tingkatkan Keyakinan Pelajar

Usaha mendidik pelajar program pemulihan perlu diperkasa untuk mempertingkat jati diri mereka.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata selain mempersiapkan pelajar berkenaan untuk menduduki peperiksaan, para pendidik di sekolah integriti perlu berusaha meningkatkan keyakinan pelajar tersebut terhadap peluang untuk berjaya dalam hidup.

Beliau ditemui media selepas Majlis Penutupan Pertandingan Ko-Akademik, Kebudayaan dan Rekacipta Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Zon Borneo 2015 di Penjara Pusat, Kota Kinabalu.

Terdahulu, ketika berucap dalam majlis itu, Pengarah Penjara Negeri, Haji Suria Haji Idris berkata kecemerlangan pelajar di pusat pemulihan dinilai secara menyeluruh, bukan sahaja dalam aspek akademik, malah merangkumi aspek kesahsiahan, rohani dan ko-kurikulum.

Pertandingan Ko-Akademik, Kebudayaan dan Rekacipta itu dimenangi Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, diikuti Sekolah Integriti Kota Kinabalu dan Sekolah Henry Gurney Keningau.

Seramai 11-pelajar Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, manakala enam pelajar sedang menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta di Kota Kinabalu.

Ends/alizaali/Shon/Tam/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s