01/10/2015:Polis Pantau Kegiatan Mengebom Ikan

Polis Marin akan memantau perahu-perahu di kawasan Pantai Tanjung Aru, Sutera Habour dan kawasan teluk berdekatan Pulau Gaya untuk mengekang kegiatan mengebom ikan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra menegaskan pemantauan itu dilakukan untuk membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap pelaku kegiatan tersebut.

Menurutnya, kegiatan sejak sekian lama itu dilakukan seawal 5 hingga 6-pagi iaitu semasa kapal terbang berlepas untuk mengelak letupan didengari penduduk sekitar.

Beliau ditemui media semasa Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan sama, ACP M. Chandra mengingatkan penduduk Kampung Tanjung Aru agar tidak menyewakan rumah kepada Pendatang Asing Tanpa Izin kerana perbuatan tersebut adalah satu kesalahan dalam Akta Imigresen kerana melindungi PATI.

 
Ends/alizaali/sahira/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s