01/10/2015:SMK Tamparuli Juara Pertandingan AAY 2015

Projek sistem amaran banjir, ‘Awas! Bahaya Di Hadapan’ yang dicipta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli dinobatkan sebagai juara pertandingan Petronas ‘All About Youth’ 2015 (AAY 2015).

Dua puluh pelajar tingkatan empat berkenaan menghasilkan sebuah sistem amaran banjir yang dipasang di bawah Jambatan Tamparuli bagi tujuan keselamatan penduduk di kawasan setempat.

Sistem tersebut adalah cetusan idea pelajar dengan bantuan dua guru, Ernest Kelly Subin yang mengajar subjek Biologi dan guru Matematik dan ICT, Vinddy Gabriel, serta seorang ‘rakan’, Mansor Salleh yang berkhidmat sebagai Pengurus Terminal Sepangar Bay di Kota Kinabalu.

Kejayaan SMK Tamparuli yang menewaskan enam sekolah dari Terengganu, Sarawak, Johor, Melaka dan Kelantan, membolehkan SMK Tamparuli membawa pulang wang tunai 50-ribu ringgit tajaan Petronas, piala pusingan. Setiap anggota pasukan juga menerima seribu ringgit menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) masing-masing dan sijil penghargaan.

Projek AAY 2015 berbentuk pertandingan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas, bertujuan mengasah bakat, kreativiti dan kepimpinan yang dihubungkan dengan kesan terhadap komuniti setempat.

Ends/alizaali/Bernama.
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s