05/10/2015:MMA Semakin Popular Di Sabah

Sukan lasak Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) kini semakin popular serta mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan peminatnya di negeri ini .

Ketua Pegawai Eksekutif Liga MMA Jesellton, Rayner Kinsiong berkata,sambutan menggalakkan itu membuktikan sukan MMA ini mula menarik minat golongan muda mendalami dan menguasai sukan MMA ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, gabungan seni tempur seperti boxing, karate, taekwando, muaythai, silat serta beberapa seni mempertahankan diri yang lain menjadikan MMA unik dan istimewa.

Beliau ditemui Pemberita RTM dalam Kejohanan Liga MMA Jesellton di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

9 kategori dipertandingkan dalam kejohanan julung kali ini. Antaranya,  flyweight, bantamweight, featherweight, lightweight, welterweight, middleweight, light heavy weight dan heavy weight  serta kategori baharu diperkenalkan untuk wanita iaitu straweight.

Kejohanan Liga MMA selama dua hari di kota kinabalu dan berakhir semalam merupakan anjuran Team Karabaw dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah ini disertai lebih 100 peserta dari dalam dan luar negara.

 
Ends/Farizie/Cov-Mun
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s