05/10/2015:Program Pengumpulan Data Graduan Jurusan Pendidikan Bermula ESOK

Bermula esok, Program Pengumpulan Data Graduan Jurusan Pendidikan Lepasan IPTA dan IPTS akan dibuka.Pendaftaran dibuka di Wisma Pendidikan Likas seawal 8 pagi sehingga 5 petang.Calon yang berminat dikehendaki menyediakan dokumen lengkap. 

Antaranya,Salinan Kad Pengenalan, Salinan sijil kelahiran, Sijil Akademik yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta dokumen sokongan berkaitan.

Sementara itu, calon yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu boleh mendaftar di Pejabat Pendidikan Daerah berhampiran bermula 7 oktober hingga 9 oktober ini.

Dalam pada itu, ketika dihubungi pemberita RTM, Pengarah Pendidikan Negeri (JPN), Datuk Jame Alip menasihati calon agar menyediakan dokumen lengkap bagi memudahkan pihak JPN melaksanakan proses pengumpulan data.

Calon yang berjaya akan dihubungi pihak JPN dan temuduga akan dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia Mohd Idris dan Mohd Sarizam di talian 088-537140 atau  088-537142.

Ends/Ezme-Mun
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s