06/10/2015:Kekurangan Guru Pendidikan Islam Di Tahap Kritikal

Masalah kekurangan guru tempatan yang mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Sabah ketika ini berada di tahap kritikal.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata, sehingga kini sekolah di negeri ini masih memerlukan guru agama dari negeri lain untuk mengajar mata pelajaran itu di Sabah.

Menurutnya, negeri ini juga kekurangan guru tempatan yang mengajar dalam aliran Sains dan Kaunseling dengan lebih 200 guru diperlukan untuk mengajar subjek berkenaan.

Datuk Jame ditemui media selepas pelancaran program Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 di Wisma Pendidikan, Kota Kinabalu.

Sementara itu, katanya, setakat 1 Oktober tahun ini, seramai 2 ribu 284 guru yang mengajar di Sabah memohon balik untuk mengajar di negeri masing-masing, berbanding hanya 394 guru berasal dari Sabah yang mengajar di negeri lain memohon balik ke negeri ini.

Jelasnya, kekosongan lebih seribu yang ditinggalkan ekoran balik mengajar di negeri masing-masing itu akan diisi dan disesuaikan dengan kelayakan.

Ends/Maria/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s