06/10/2015:Kerajaan Pastikan Penduduk Dapat Hak Pemilikan Tanah Adat Di Pulau Banggi

Seramai seribu penduduk dari 16-kampung yang mendiami tanah adat di Pulau Banggi, Kudat bakal mendapat hak pemilikan tanah secara berperingkat dalam tempoh 8-bulan. Ia merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi memastikan penduduk mendapat hak pemilikan tanah adat berkenaan.

Pembantu Menteri Pembangnan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail berkata, langkah tersebut selaras arahan  Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman bagi melaksanakan proses pengukuran tanah untuk penduduk dalam lawatannya ke pulau berkenaan pada 22 Ogos lalu.

Ketika ini kira-kira 19 peratus penduduk di Pulau Banggi memiliki geran tanah.

Beliau berucap merasmikan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) di Pulau Banggi, Kudat.

Menurut Datuk Bolkiah, pemilikan tanah itu kelak akan memudahkan kementeriannya untuk meluaskan program bersesuaian untuk membantu membangunkan ekonomi penduduk. 

 
ENDS/ID/AG/COV/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s