06/10/2015:Pelbagai Program Diatur Sempena Hari Sukan Negara Sabtu Ini

Pelbagai program disusun sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri pada 10 Oktober ini bertempat di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Antaranya, senamrobik perdana, program berbasikal tanpa dadah dan acara sukan lasak. 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata acara yang akan dimulakan seawal pukul 6 pagi itu dijangka mendapat penyertaan lebih 300-ribu orang dari seluruh pelusuk negeri ini.

Beliau ditemui pemberita RTM selepas menjadi tetamu di Konti Sabah FM di Kota Kinabalu.

Mengenai keadaan jerebu di seluruh negara ketika ini, Datuk Tawfiq memberitahu, bacaan indeks pencemaran udara di Sabah masih dalam keadaan baik dan optimis ia tidak akan menjejaskan sambutan pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, sebarang perubahan mengenai sambutan berkenaan akan dimaklumkan kepada orang ramai bergantung kepada keadaan semasa.

End/Mun/Tan/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s