06/10/2015:Wanita Disaran Lengkapkan Diri Dengan Pelbagai Kemahiran

Golongan wanita diingatkan agar melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran termasuk keusahawanan.

Pembantu Menteri Pertanian dan industri Makanan, Datuk Haji Sairin Karno berkata ia sejajar dengan dasar kerajaan menjana pembangunan  negara yang seimbang dan menyeluruh termasuk dari aspek kesejahteraan keluarga.  

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan berkenaan untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Beliau  berucap demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Keluarga Ahli-ahli Yayasan Usaha Maju (Y.U.M) cawangan Keningau di Dewan Masyarakat keningau. 

Sementara itu, Pengarah Urusan YUM, Freddy Rantau berkata, pihaknya akan terus komited membantu ahlinya termasuk 3-ribu ahli wanita di cawangan keningau dari segi penambahan modal serta penganjuran kursus kemahiran bagi melahirkan usahawan yang berdaya maju. 

 
End/Mun/Loy/wn/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s