08/10/2015:Jadikan Muzium Sebagai Sumber Rujukan Kraf Berasaskan Manik

Lebih banyak kerjasama akan diadakan antara muzium-muzium di kepulauan Borneo pada masa depan.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Hajah Mariam Omar berkata, kerjasama itu bukan sahaja melibatkan peragaan koleksi malah perkongsian maklumat, kemahiran dan pengetahuan berkaitan muzium.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis jamuan malam sempena Karnival Manik Se-Borneo 2015 di Kota Kinabalu. Tujuh muzium di wilayah Borneo menyertai karnival itu.

Hajah Mariam yakin, kerjasama yang terjalin sejak 2010 itu akan memberi manfaat bersama dalam meningkatkan teknik kemahiran dan perkembangan idea serta mampu menjadikan muzium sebagai sumber rujukan kraf berasaskan manik.

Muzium juga katanya, boleh dibangunkan menjadi aset pelancongan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan antarabangsa.

Ends/Donny (Azwani/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s