08/10/2015:Perintah Berkurung Dilanjutkan

Fasa ke-28 Perintah berkurang di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan mulai esok hingga 24 Oktober.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, ia berkuatkuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Ia turut meliputi perairan Pulau Gulisan, Tanjung Bidadari, Pulau Tambisan, Silam, Tungku, Pulau Adal, Alice Reef, Timbun Mata, Kalumpang, Batuan Unarang, Wallace Bay, Jambongan, Timur Jambongan, Barat Daya Pulau Lihinan, Pulau Pundaras, Torongohok, Pura-pura dan Kuala Sugut.

Jelas Datuk Jalaluddin, perintah berkurung dilanjutkan berikutan masih terdapat ancaman daripada kumpulan penculik dan pihak yang mahu menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan.

Selain itu, ia dilaksanakan bagi menjamin keselamatan penduduk di ESSZone.

Ends/Donny (RtmDalet)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s