08/10/2015:Rangka Strategi Kesihatan Awal Yang Lebih Baik

Hasil penyelidikan peserta kolokium kesihatan awam berupaya meningkatkan kefahaman warga kesihatan dalam merangka strategi kesihatan awam yang lebih baik dan berkesan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Christina Rundi berkata, menerusi hasil penyelidikan dan penemuan serta inovasi yang baharu akan membantu membina kepakaran dan kesiapsiagaan kawalan serta pencegahan penyakit.

Beliau ditemui media selepas penutupan Kolokium Kesihatan Awam kali ke-10 Tahun 2015, Jabatan Kesihatan Negeri di Sandakan.

Mengulas lanjut, Dr. Christina berharap, hasil kolokium akan datang memfokuskan langkah intervensi baharu.

Ia selaras cabaran penjagaan kesihatan awam masa kini dan mendatang yang kompleks serta berubah ekoran kemunculan wabak penyakit baharu, bencana yang menjejaskan kesihatan dan dominasi penyakit tidak berjangkit dalam kalangan masyarakat.

Dua puluh lapan poster dan 12 kertas pembentangan dibentangkan pada kolokium itu. Kolokium disertai 300 pegawai kesihatan daripada pelbagai bidang kesihatan.

Ends/Donny (Dman/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s