08/10/2015:Sebelas Wanita Filipina Diselamatkan

Dalam perkembangan lain, Datuk Jalaluddin berkata, pihak polis menyelamatkan 11 wanita warga Filipina daripada terus dieksploitasi untuk seks dalam dua serbuan di Penampang.

Kejayaan itu adalah hasil kerjasama dengan polis Filipina yang membawa pihak berkuasa menyerbu sebuah apartment di Penampang dan sebuah hotel di Bundusan pada tengah malam kelmarin.

11 wanita itu berumur antara 22 dan 36 tahun.

Menurutnya, wanita-wanita itu kini dihantar ke Rumah Perlindungan Khas Wanita di Likas untuk perlindungan selepas mahkamah mengeluarkan perintah perlindungan sementara (IPO) selama 14 hari kepada mereka.

Hasil serbuan itu, polis juga menahan tujuh suspek warga tempatan berumur 20 hingga 39 tahun.

Kes itu disiasat di bawah seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Ends/Donny (Stat/Bern/Dony)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s