09/10/2015:Empat Anggota ‘Geng Abel’ Berjaya Ditahan

Polis berjaya menahan 4 daripada 6 lelaki anggota “Geng Abel” yang dipercayai terlibat dalam kes samun enam buah kedai 24 jam di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Candra berkata, dua daripada suspek yang ditangkap positif dadah, manakala dua lagi mempunyai rekod lampau.

Menurutnya, ‘Geng Abel’ berkenaan datang dari Daerah Tawau dan meneruskan kegiatan samun di Kota Kinabalu dalam tempoh 8 hingga 30 september. 

Dalam sidang media di Ibu Negeri, ACP M. Chandra juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat dua suspek yang masih diburu agar melaporkan segera ke balai polis terdekat.

Dua suspek itu dikenali Amirudin Abdullah @ Abel, 24 tahun berbangsa Bugis dan Arpa Abd Wahid @ Rasta 20 tahun berbangsa Tagayan.

Kes disiasat di bawah seksyen 395/397 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Rita/Ag/Cov/Juliana
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s