09/10/2015:ESSCOM Sedia Rumusan Hala Tuju Barter Trade

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah(Esscom) menyediakan rumusan mengenai hala tuju perniagaan tukar barang atau Barter Trade untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN).

Rumusan itu dibuat menerusi pelaksanaan Bengkel Hala Tuju Barter Trade selama tiga hari yang berakhir hari ini di Sandakan, anjuran Esscom membabitkan 16 agensi.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata, JKKN yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan membuat keputusan mengenai hala tuju Barter Trade yang dilaksanakan di tiga daerah iaitu di Sandakan, Tawau dan Kudat.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan bengkel itu.

Datuk Abdul Rashid berkata, sudah sampai masanya hala tuju Barter Trade di tiga daerah itu dilihat semula khususnya dari segi kelemahan urusan perniagaan itu.

Menurutnya, Barter Trade di timur negeri ini dilaksanakan bermula 1962 membabitkan pertukaran barang dan berubah mengikut perkembangan semasa. Sebanyak 31 syarikat mendapat kelulusan menjalankan perniagaan itu, iaitu 14 syarikat di Sandakan, 10 di Tawau dan tujuh di Kudat.

Juliana/Bernama
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s