09/10/2015:Polis Siasat Laporan Penipuan Nombor Ramalan

Polis sedang menjalankan siasatan mengenai laporan yang dibuat seorang mangsa warga tempatan 51 tahun mengenai penipuan nombor ramalan, melibatkan kerugian berjumlah 48-ribu 168 ringgit.

Kes disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Candra berkata, berdasarkan laporan yang dibuat pada Jumaat lepas, mangsa terpengaruh dengan risalah yang diletakkan di pakir kereta pasar besar kota kinabalu dan berurusan melalui nombor telefon yang diberikan.

Mangsa juga melakukan 11 transaksi ke akaun Publik Bank suspek untuk mendapatkan tiket kemenangan. Namun pelbagai alasan diberikan sehingga mangsa menyedari ditipu dan membuat laporan polis.

ACP M. Chandra berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu.

Menurutnya, ia merupakan kes kedua di Kota kinabalu selepas kes pertama pada tahun 2011 yang melibatkan jumlah kerugian 98-ribu 117 ringgit.

Rita/AG/Cov/Juliana
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s