11/10/2015:Pasukan Petugas Ditubuh Bagi Kenalpasti Masalah Ibu Tunggal

Sebuah pasukan petugas ditubuh bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi golongan ibu tunggal di negara ini.

Pasukan yang diketuai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun itu akan membincangkan usaha yang perlu dilaksanakan bagi membela nasib golongan berkenaan.

Menurut Datuk Azizah, pasukan itu juga ditubuhkan sebagai kelangsungan usaha memperjuangkan hak dan keistimewaan kaum wanita khususnya golongan tersebut.

Jelasnya lagi, pasukan petugas itu akan disertai wakil wanita dari setiap negeri.

Datuk Hajah Azizah menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis makan malam bersama wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Sandakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Hajah Azizah memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasakan kaum wanita seterusnya bersama-sama membangunkan negara.

Ends/Donny (Dman/cov)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s