15/10/2015:Proses Pengundian MPP UMS Berjalan Lancar

Proses pengundian pemilihan anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan serentak di semua kampus UMS termasuk di Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan berjalan lancar, HARI INI.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, tahap kesedaran pelajar mengenai pemilihan MPP kali ini meningkat berdasarkan sambutan memberangsangkan pada sesi kempen sebelum ini.

Beliau juga berpuas hati tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika proses yang bertujuan mendidik dan memupuk amalan demokrasi dalam kalangan pelajar itu diadakan.

Profesor Datuk Dr. Harun ditemui pemberita RTM ketika tinjauan proses pengundian di Dewan Kuliah Pusat UMS, Likas.

Keputusan pemilihan MPP UMS sesi 2015-2016 melibatkan 32 kerusi iaitu 10 kerusi umum dan 22 kerusi fakulti yang menyaksikan persaingan calon Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa dan calon bebas akan diumumkan 5.30 petang INI.

Mun/Za/Cov/Rina
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s