16/10/2015:ASNS Diadakan Bagi Iktiraf Kejayaan Atlet Negeri

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet dan pegawai sukan di negeri ini, Anugerah Sukan Negeri Sabah (ASNS) akan diadakan pada 21 Oktober INI di Kota Kinabalu .

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, majlis berprestij itu bakal menyaksikan penyampaian 14-jenis anugerah. Antaranya Anugerah Tokoh Sukan, Olahragawan dan Olahragawati Negeri Sabah, Pasukan Lelaki dan Wanita Terbaik, Jurulatih Sukan Terbaik serta Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Sabah.

Beliau berharap anugerah berkenaan akan memberi motivasi dan semangat kepada atlet-atlet muda di negeri ini untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Datuk Tawfiq ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap yang Di Pertua Negeri,Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu. Ia bertujuan memohon perkenan Tun Juhar untuk menjadi tetamu kehormat ASNS.

Sebanyak 22-pencalonan daripada 44-Persatuan Sukan Negeri diterima untuk ASNS tahun ini.

Ends/Jane/AG/Cov/Rina
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s