16/10/2015:SIKK Adakan Majlis Restu Ilmu

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba, Sekolah Integriti Kota Kinabalu (S.I.K.K) iaitu sekolah khas bagi pesalah juvana tidak ketinggalan mengadakan Majlis Restu Ilmu 2015 bagi pelajarnya yang menduduki ujian berkenaan.

Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu Rosman Norman berkata, walaupun pesalah muda berkenaan sedang menjalani pemulihan, adalah penting untuk mereka mendapatkan restu daripada keluarga dan guru.

Beliau optimis langkah ini mampu menjadi lonjakan semangat kepada mereka untuk melakukan yang terbaik dalam SPM sekaligus mencapai kecemerlangan demi masa depan mereka.

Rosman berucap demikian dalam Majlis Restu Ilmu 2015 SIKK di Kota Kinabalu. Seramai 11 penghuni SIKK akan menduduki SPM tahun ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang menjalani pemulihan di SIKK akan digunakan setelah dibebaskan kelak.

Ends/Rita/Za/Cov/Rina
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s