19/10/2015:500 TDM Sertai Eksesais

Buat julung kalinya, Sabah menjadi lokasi Eksesais Malbru Setia dan Mertak Bersatu yang merupakan aktiviti bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), disertai hampir 500-anggota tentera kedua-dua negara.

Aktiviti tahunan yang selalunya dijalankan di Sarawak itu diadakan di kawasan am Tamparuli dan Lapang Sasar Kota Belud hingga 26 Oktober ini.

Panglima Pemerintahan Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Haji Mokhtar berkata, eksesais kali ini turut melibatkan latihan sebenar menembak mortar bertujuan menguji prosedur latihan tersebut.

Beliau memberitahu media selepas merasmikan Eksesais Malbru Setia Siri 12/2015 dan Mertak Bersatu Siri 10/2015 di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Timbalan Pemerintah TDDB, Kolonel Muhammad Haszaimi Bol Hassan berharap aktiviti yang dijalankan dapat menambah pengetahuan dan kemahiran anggota selain mengukuhkan kerjasama sedia ada.

Eksesais ini melibatkan latihan medan fasa ofensif mara dan serangan termasuk pengendalian senjata 81-milimeter Mortar oleh TDM dan TDDB.

Ends/oli/ta/cov/Rina
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s