19/10/2015:KYS Bermatlamat Lahir Pelajar Berkualiti

Ke arah penjenamaan semula Kolej Yayasan Sabah (KYS), tenaga pengajar yang komited dan berkemahiran diperlukan.

Menurut Ketua Eksekutif KYS,  Datin Dr Hajah Tarsiah TZ Taman, ia sejajar dengan matlamat KYS untuk melahirkan pelajar yang memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.

Sehubungan itu, katanya, KYS merangka pelan strategik bagi proses penjenamaan semula kolej berkenaan. Ia dimulakan dengan menjadi kolej kemahiran pada tahun depan,  seterusnya Kolej Universiti Teknikal Yayasan Sabah pada tahun 2018, sebelum menjadi Universiti Teknikal Yayasan Sabah pada tahun 2020.

Datin Dr. Hajah Tarsiah bercakap kepada pemberita selepas perasmian program Karnival Jubli Perak KYS yang disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd, Dr Karim Samsuri di Sembulan.

Program tersebut melibatkan lebih 100 pelajar serta 28 gerai pameran dan berlangsung sehingga 21 Oktober ini.

Ends/Esna/Aj/Cov/Rina
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s