19/10/2015:Perkembangan Perbicaraan Pencerobohan Lahad Datu

Perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lepas disambung semula hari ini dengan ‘saksi dilindungi ketiga’ memberi keterangan.

Saksi ke-135 yang merupakan Pegawai Pemproses Maklumat, diminta mengesahkan pintasan komunikasi yang dilakukannya terhadap sembilan sasaran yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. Antaranya, Tani Lahab dahi, Datu Amir Bahar, Basil Samiul, Salib Akhmad Emali dan Abdul Hadi Mawan.

Saksi dilindungi yang juga dipanggil ‘SBM’ itu memberitahu, beliau mencatit segala perbualan yang didengar dan dikelaskan mengikut tarikh, masa, pemanggil, penerima dan maklumat perbualan.

Saksi menerusi jurubahasa Mahkamah menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin .

Perbicaraan di hadapan hakim, Stephen Chung di Penjara Sabah bersambung esok.

Ends/Maria/WN/Rina
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s