20/10/2015:Giat Cari Penyelesaian Atasi Masalah Setinggan

Kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan termasuk polis kini giat mencari penyelesaian terbaik untuk mengekang masalah setinggan di Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata walaupun sebanyak tiga ribu 72-setinggan telah dirobohkan sejak 2011, namun pembinaan semula struktur setinggan terus berlaku.

Setakat bulan ini, sebanyak empat ribu 434-struktur setinggan melibatkan 36-koloni atau 21-ribu 367-orang dikesan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Jumlah itu termasuk dua ribu 797-Ketua Isi Rumah (KIR) tempatan dan seribu 793-KIR warga asing.

Datuk Abidin mendedahkan perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Program Bengkel Kawalan Dan Pembangunan Setinggan 2015 di Likas.

Menurut beliau, sebarang resolusi yang dicapai menerusi bengkel tersebut akan dikemukakan kepada kementerian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Mohd. Azhar Hamin memberitahu, sekurang-kurangnya 10-tangkapan sehari dilakukan terhadap pendatang asing bagi setiap operasi dua kali sebulan di penempatan struktur setinggan.

 

Ends/alizaali/oli/wn

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s