20/10/2015:KKIP Tingkat Program Pembangunan Industri

Menjelang Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) akan terus meningkatkan program pembangunan industrinya demi kemakmuran ekonomi Sabah. Ini termasuk memberi tumpuan terhadap perkembangan industri automatif, logistik dan industri halal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, KKIP, Melvin Disimond, bagi RMK-11, pihaknya mengemukakan pelan sebanyak 269-juta ringgit menerusi SEDIA bagi pembangunan 182-hektar kawasan industri dan 80-juta ringgit di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) bagi pembangunan infrastruktur dan kilang di KKIP.

Beliau berharap pelan pembangunan itu selaras dengan Bajet 2016 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Setakat ini, KKIP berjaya menjana keuntungan sebanyak 2.68-bilion ringgit dan menyediakan lebih 8-ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Melvin bercakap kepada media di Kota Kinabalu selepas Majlis Penyerahan Dividen sebanyak lima juta ringgit kepada kerajaan negeri.

Pembayaran dividen itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dalam majlis yang berlangsung di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

 

Ends/alizaali/an/ay/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s