20/10/2015:Pantau Dan Nilai Harga Rumah Yang Dikemukakan Pemaju Perumahan

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri menyokong cadangan agar pemaju perumahan membina 50-peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan yang dilaksanakan.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagaimanapun berkata perkara tersebut perlu dibincangkan bersama pemain utama industri itu.

Datuk Hajiji ditemui media selepas merasmikan Sambutaan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tuaran di Dewan Sulaman, Tuaran.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pihaknya akan memantau dan menilai harga rumah yang dikemukakan pemaju kepada kementerian. Harga melebihi keuntungan sepatutnya akan dinasihatkan mengurangkan harga, sesuai dengan kemampuan pembeli.

Cadangan pembinaan 50-peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan berikutan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu harga rumah melambung tinggi di bandar-bandar utama seluruh negeri.

 

Ends/alizaali/sjk/Faizal/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s