20/10/2015:SHAREDA Harap Kerajaan Campur Tangan Dalam Kuota Kelulusan Pinjaman Bank

Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) berharap kerajaan akan campur tangan dalam kuota kelulusan pinjaman bank bagi pinjaman perumahan mampu milik kos sederhana dan rendah di negeri ini.

Presiden SHAREDA, Datuk Francis Goh berkata hanya 10-peratus permohonan pinjaman bank bagi skim rumah kos rendah dan sederhana di negeri ini mendapat kelulusan disebabkan masalah akaun pemohon yang tidak memenuhi prosedur ditetapkan pihak bank.

Selain menyukarkan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah, katanya masalah itu turut mengakibatkan ketidakseimbangan penawaran dan permintaan sektor hartanah di Sabah.

Sehubungan itu, beliau berkata SHAREDA telah menghantar surat permohonan berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan menerusi Bajet 2016.

Dalam temu bual bersama RTM di Kota Kinabalu, Datuk Francis menyatakan harapan agar masalah tersebut dapat diatasi dengan melonggarkan syarat permohonan pinjaman perumahan bagi golongan berpendapatan rendah. Ia sekaligus memperlihatkan tanggungjawab pemaju dan institusi perbankan terhadap golongan berkenaan.

 

Ends/alizaali/salma/roslia/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s