20/10/2015:Taati Ikrar Perkhidmatan Awam

Penjawat awam diingatkan agar mentaati ikrar dalam perkhidmatan awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan, sebaliknya menjaga keselamatan dan kerahsian dokumen dalaman sesebuah jabatan.

Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Borhan Dolah berkata tindakan membocorkan rahsia kerajaan sebelum sesuatu pengumuman rasmi dibuat boleh memberi implikasi besar kepada keputusan kerajaan.

Tambahnya, jika kerahsian dokumen kerajaan terlepas kepada pihak tidak bertanggungjawab juga akan menjadi isu besar kepada kerajaan memerintah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan bersama Anggota Perkhidmatan Awam Daerah Sandakan di Dewan Suria Perdana, Wisma Kastam, Sandakan.

Datuk Borhan turut mengingatkan penjawat awam agar menapis sebarang berita dalam media sosial sebelum menghebahkannya kepada umum.

Lebih 500-penjawat awam hadir dalam majlis tersebut yang turut memuatkan pengisian ceramah keselamatan oleh Timbalan Ketua Staff Perisikan ESSCOM ACP Hassim Justin.

 

Ends/alizaali/amran/nizam/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s