21/10/2015:Hayati Semangat Perjuangan Tokoh Negara

Pembinaan jati diri negara bangsa mampu diperkukuh dengan menghayati semangat perjuangan tokoh-tokoh negara dalam mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air daripada ditindas golongan penjajah.

Menurut Ketua Pengarah MAMPU, Dato’ Seri Zainal Rahim Seman, keteguhan jati diri adalah resepi utama untuk membina masyarakat berdaya saing, berjaya dan bersatu dalam pelbagai aspek.

Justeru, setiap lapisan masyarakat digalak memainkan peranan sewajarnya dalam mencorakkan negara menjadi sebuah negara harmoni dan disegani di mata dunia.

Dato’ Seri Zainal berucap demikian dalam Program Leadership Executive Talk di Kota Kinabalu. Teks ucapan dibacakan Timbalannya, Nurulhanah Mohd Salim.

Sempena program itu, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Sa’adilah Haji Abdillah turut menyampaikan ceramah “Meniti Jati Diri Negara Bangsa” yang dihadiri lebih seribu kakitangan dan pegawai dari pelbagai agensi serta jabatan.

Ends/Shon/JG/Cov-an
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s