21/10/2015:JAS Nafi Wujud Fenomena ‘Jerebu Kuning’

Jabatan Alam Sekitar (J-A-S) menafikan kewujudan fenomena ‘jerebu kuning’ seperti yang tersebar di media sosial.

Dalam kenyataan J-A-S, pemantauan mendapati
bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.

Menurut JAS, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utama habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer mengikut piawaian antarabangsa.

Sementara itu, dalam kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau memberitahu jerebu rentas sempadan tidak akan berterusan sehingga Mac 2016.

Jelasnya, keadaan jerebu yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh kehadiran Taufan Koppu dan Taufan Champi di Timur Filipina.

Selepas taufan berkenaan melanda daratan, angin akan mula berubah dan keadaan jerebu dijangka beransur pulih selepas 26 Oktober ini.

Berdasarkan laman sesawang J-A-S, setakat pukul 11 pagi tadi, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) bagi Kota Kinabalu pada tahap sederhana iaitu 69, Keningau 68 dan Tawau mencatat IPU 92.
Ends/oli/ag/cov/st-an

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s