21/10/2015:Kurangkan Aktiviti Luar

Orang ramai terutama kanak-kanak dan warga tua dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar berikutan keadaan jerebu yang melanda negeri ini.

Menurut Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Dr. Engku Ariff Tuan Lonik, langkah itu penting bagi mengelak orang ramai daripada terdedah dengan keadaan jerebu sehingga menjejaskan kesihatan.

Ini kerana, jerebu boleh menyebabkan iritasi kerongkong dan mata, kesukaran bernafas, batuk  serta radang kulit.

Bagaimanapun katanya jika perlu berada di luar bangunan adalah penting untuk memakai pelindung muka.

Beliau menyatakan demikian kepada RTM di Kota Kinabalu.

Dalam masa sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka untuk mengelak keadaan jerebu lebih teruk.

Berdasarkan laman sesawang J-A-S, setakat pukul 2 petang tadi, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) bagi Kota Kinabalu pada tahap sederhana iaitu 68,  Keningau 69 dan Tawau mencatat IPU 94.

(sahira/cov-an)
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s