22/10/2015:Ferona Paimin Juara Bintang Remaja

Ferona Paimin dari Ranau yang mempertaruhkan lagu berjudul ‘Mama Know Best’ dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Akhir Bintang Remaja Peringkat Negeri 2015.

Ferona berjaya mengalahkan tujuh finalis lain sekali gus melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai dua ribu ringgit, piala dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Ndey Brendon Nain dari Kudat dan Joice Rufiona Juanis dari Ranau.

Mereka masing-masing memenangi hadiah wang tunai seribu 500-ringgit dan seribu ringgit beserta piala dan sijil penyertaan.

Persembahan Terbaik dimenangi Hadi Jaidi Ariffin dari Kota Kinabalu yang menerima wang tunai 500-ringgit, piala dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Haji Ali Haji Ngasio di Studio TV, RTM Kota Kinabalu.

Pertandingan Akhir Bintang Remaja yang diiringi Kombo RTM Sabah turut diserikan dengan persembahan nyanyian Juara Bintang Remaja 2014, Rosario Ninih Chamini Bianis.

 

Ends/alizaali/sahira/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s