22/10/2015:HPPNS Akan Diadakan Selama 3 Hari Bermula ESOK

Azam para peladang, penternak dan nelayan di negeri ini semakin kuat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil-hasil pertanian, ternakan, ternak-air, penangkapan ikan dan industri berasaskan pertanian sejajar hala tuju Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata perubahan semangat itu hasil penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) yang diadakan setiap tahun.

Datuk Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan bercakap kepada media selepas meninjau raptai Majlis Perasmian Pelancaran HPPNS 2015 di Putatan.

HPPNS 2015 akan diadakan selama tiga hari bermula ESOK melibatkan penyertaan 33-jabatan dan agensi kerajaan serta 46-agensi swasta selain 150-usahawan tani. Perasmiannya dijangka disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, SABTU INI.

 

Ends/alizaali/Juliana/AZ/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s