22/10/2015:Maklumkan Perkara Yang Ditegah Kepada Pelancong

Pengerusi Pemegang Amanah Taman Taman Sabah diarah mengadakan perjumpaan segera dengan pengusaha resort dan agen pelancongan untuk memaklumkan perkara-perkara yang ditegah kepada pelancong di bawah jagaan mereka.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, langkah awal itu untuk mengelakkan insiden penyebaran gambar bogel sekumpulan pelancong di sebuah pulau di Semporna berulang.

Malah, katanya tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen perniagaan mana-mana pengusaha resort atau pemandu pelancong yang didapati bersekongkol dalam melakukan aktiviti tidak senonoh di tempat awam.

Datuk Masidi bercakap kepada media di Kota Kinabalu sebagai mengulas isu tersebut.

Siasatan awal polis mendapati dua gambar yang tersebar luas diambil sekitar tahun 2013 dan awal bulan ini. Kesemua mereka adalah pelancong dari China.

 

Ends/alizaali/Rita/DD/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s