22/10/2015:Optimis Wujud Sistem Pengangkutan Awam Yang Kondusif

Kerajaan Negeri optimis untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang kondusif dan efisyen menerusi pelaksanaan Bas Rapid Transit khususnya di Bandar Raya Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kajian akan dilakukan untuk melihat keberkesanan dan kerelevanan pelaksanaan sistem itu di negeri ini.

Katanya, persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Kabinet Negeri membuktikan kerajaan negeri komited dan bertanggungjawab dalam mewujudkan sistem pengangkutan awam canggih untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Selain Bas Rapid Transit, penggunaan transit aliran ringan (LRT), Komuter dan MRT turut dipertimbangkan. Bagaimanapun, pelaksanaan sistem tersebut tertakluk kepada keadaan kewangan.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Hari Perancang Bandar Sedunia 2015, bertemakan ‘Perancangan Pengangkutan Awam Ke Arah Bandaraya Sejahtera Di Sabah’ di Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Haji Noor pula berharap peserta persidangan yang terdiri daripada pakar perancangan bandar dan wilayah dapat memikirkan kaedah penyelesaian terbaik untuk memperkasa pengangkutan awam di Sabah.

 
Ends/alizaali/rtka/ear/ay/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s