22/10/2015:Pembinaan Kompleks Sukan Semporna Dijangka Bermula November

Projek pembinaan Kompleks Sukan Semporna dijangka bermula November depan.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dijangka merasmikan Majlis Pecah Tanah projek itu pada 11 November.

Katanya, Kompleks Sukan Semporna akan dibina di kawasan seluas 50-ekar di Jalan Seri Melur, Semporna. Projek pembinaannya melibatkan lima fasa termasuk pembinaan astaka, padang bola, trek sintetik dan kemudahan lain.

Beliau berkata demikian semasa melawat tapak cadangan pembinaan Kompleks Sukan Semporna di Jalan Seri Melur, Semporna.

Datuk Ramlee yang juga Wakil Rakyat Bugaya berkata pembinaan kemudahan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat khususnya dalam aspek sukan dan rekreasi.

Tambahnya, kompleks sukan itu dijangka memberi kesan positif kepada pembangunan belia dan masyarakat dengan gaya hidup sihat dan berkualiti.

 

Ends/alizaali/lizadin/st

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s