22/10/2015:Penghargaan Kepada Atlet Negeri

Majlis Anugerah Sukan Sabah 2013/2014 menyaksikan Atlet Karate, Leong Tze Wai dan Atlet Memanah, Fatin Nurfateha Mat Salleh, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sabah.

Mereka menerima Piala Pusingan dan Iringan serta wang tunai lima ribu ringgit yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.

Olahragawan dan Olahragawati Harapan pula dimenangi Jellson Jabilin dan Ronizah Syafiqah Ronnie Ong manakala Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik dimenangi Al Mustakim Matrin dan Doriah Paulus.

Hadiah-hadiah disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Dalam majlis itu, Datuk Musa turut menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan kepada Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah, Datuk Haji Zainie Abdul Aucasa yang pernah berjaya membawa Pasukan Memanah Sabah merangkul 4 Pingat Emas, 7 Perak dan 5 Gangsa semasa Sukan Malaysia Perlis 2014.

Sebanyak 15-anugerah disampaikan dalam majlis berprestij itu.

 

Ends/alizaali/MFJA/TAM/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s