26/10/2015:Empat Sungai Dikategori Tercemar

Sebanyak empat sungai iaitu Sungai Darau, Sungai Menggatal, Sungai Inanam dan Sungai Likas dikategorikan tercemar dengan sampah sarap. Ia berikutan sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai.

Sehubungan itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata pihak Jabatan Perlindungan Alam Sekitar akan berjumpa dengan pihak sekolah berhampiran sungai tersebut untuk mendapatkan kerjasama menjayakan kempen kebersihan. Malah, pihak kementerian sedia memberikan peruntukan kepada sekolah berkenaan yang bekerjasama menjayakan kempen itu.

Menerusi kerjasama tersebut, beliau berharap pihak sekolah akan mengambil peranan untuk bersama-sama mendidik masyarakat termasuk pelajar untuk tidak membuang sampah merata-rata.

Datuk Masidi bercakap dalam sidang media sempena Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia (MSAM) di Kota Kinabalu Wetlands, Likas.

Seramai 139-pelajar dari 13-sekolah rendah dan menengah di sekitar Kota Kinabalu menyertai aktiviti sempena MSAM yang antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat, selain menggalakkan kerjasama dan pemuliharaan alam sekitar antara pelbagai pihak.

Ends/alizaali/Rita/Jg/Cov
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s