26/10/2015:Kerajaan Berusaha Bantu Penduduk Terjejas Banjir

Seramai tiga ribu 286-penduduk terjejas banjir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, yang tidak berpindah ke pusat pemindahan semasa bencana banjir melanda antara Februari hingga Mac lalu menerima wang ehsan 500-ringgit daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumbangan disampaikan Timbalan Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah, MKN, Sharifah Siti Saleha Habib Yussoff di Dewan Masyarakat Pekan Membakut.

Ketika ditemui RTM pada majlis itu, beliau memaklumkan, sumbangan tersebut merupakan antara usaha kerajaan menerusi MKN untuk membantu penduduk terjejas banjir.

Di Sabah, lebih 10-ribu penduduk terjejas banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir menerima sumbangan wang ehsan berkenaan.

Selain Daerah Membakut, sumbangan sama turut diagihkan kepada mangsa terjejas banjir di Sipitang, Beaufort dan Kota Belud.

Ends/alizaali/Sahira/cov
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s