26/10/2015:Sabah Alu-Alukan Delegasi Perniagaan Republik Cz3ch

Kerajaan negeri mengalu-alukan delegasi perniagaan dari Republik Czech untuk meneroka pelaburan dan peluang perniagaan di Sabah. Ini termasuk melalui Koridor Pembangunan Sabah dan Program Transformasi Ekonomi melibatkan sektor pelancongan, pertanian, pembuatan, minyak dan gas, sawit, logistik serta pendidikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kerajaan negeri akan terus membantu usaha menggalakkan pelaburan ekonomi antara Malaysia dan Republik Czech termasuk menggunakan pelbagai dasar perniagaan untuk memudahkan kegiatan dalam rangkaian perniagaan. Ini kerana kedudukan strategik Republik Czech di tengah-tengah Eropah mewujudkan potensi perniagaan kepada Sabah terutamanya akses pasaran pertanian serta industri dan sektor perkhidmatan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tersebut.

Datuk Musa menyatakan perkara itu dalam ucapan perasmian Forum Bisnes Sabah-Republik Czech di Kota Kinabalu. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Turut hadir, Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Czech, Lubomir Zaoralek berharap hubungan baik antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor.

Ends/alizaali/Rina/Shon/HA/Cov
Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s