27/10/2015:500 Orang Sertai Program 10-ribu Langkah

Seramai 500-orang menyertai program 10-ribu langkah anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu.

Acara sejauh empat kilometer itu bermula di Padang Merdeka menuju ke Jalan Padang, Bulatan Capitol, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bukit Nenas dan Jalan Istana sebelum kembali ke Padang merdeka.

Pelepasan peserta disempurnakan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai.

Program DBKK bersama masyarakat tersebut merupakan satu ‘community outreach’ yang diadakan setiap tahun sebagai landasan kepada DBKK selaku Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendekati masyarakat peringkat akar umbi.

Ia sekali gus memberi peluang kepada warga bandaraya untuk berurusan secara terus selain mengetahui informasi mengenai program-program yang dilaksanakan DBKK.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan antaranya pertandingan mewarna, pameran dan pertandingan lalu lintas.

(sahira/cov-an)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s